Thursday, April 12, 2012

Taman Idaman

La ilaha illa Allah 3x Muhammad Rasulullah
La ilaha illa Allah 3x Muhammad Rasulullah

Taman-taman idaman taman-taman syurga (2x)

Negeri kemulian dan kesejahteraan
Tempat berhimpun para rasul dan nabi
Para mukminin dan solihin

Taman taman idaman taman taman syurga (2x)

Tempat berhimpun para syuhada
Insan mulia kekasih Allah

Taman idaman cita-cita mukmin

Satu tujuan dan kerinduan
Limpahan ganjaran dan rahmat ilahi
Lautan nikmat tiada batasannya

Taman idaman milik orang beriman

Berkasih sayang punya ketua dalam diri
Menyontohi nabi berakhlak mulia
Mendapat lindungan dari azab neraka

Menyontohi nabi berakhlak mulia

Mendapat lindungan dari azab neraka

Taman-taman idaman taman-taman syurga (2x)

Negeri kemuliaan dan kesejahteraan
Bertemu Allah tuhan Maha pengasih
Bukan fantasi tapi realiti

La ilaha illa allah 3x Muhammad Rasulullah


Taman idaman tiada penghujungnya

Tidak pernah terbayang diruang mata
Pengorbanan mukmin ada nilaiannya
Sempurna janji untuk orang bertakwa

Bersegeralah memohon keampunan

Mengatur langkah menuju syurga gemilang
Siramilah tanahnya dengan tasbih dan tahmid
Tunaikanlah perintah tinggalkan larangan
Kehidupan disana adalah sebenar
Semoga kita akan bertemu disana

Taman-taman idaman taman-taman syurga (2x)

Negeri kemuliaan dan kesejahteraan
Bertemu Allah tuhan Maha pengasih
Bukan fantasi tapi realiti

La ilaha illa allah 3x Muhammad Rasulullah

Friday, April 6, 2012

Kehidupan

Kehidupan....
Perjalanan penuh harapan,
Walau hidup tak selalu bahagia,
Jangan kita lupa....
Sedekahkanlah 1 senyuman,
Walau hati tidak lagi mampu bertahan,
Belajarlah utk memaafkan...
Walau diri terasa kelukaan,
Berhentilah memberi alasan...
Walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dlm IMAN...
Walau hari disaluti godaan...
Jangan lalai...INGATILAH ALLAH SWT sentiasa bersama...
Walau dia tidak kelihatan,
Bukti kasihNYA...
Kita wujud di dunia yg hanya sementara ini...

Jangan kita lupa...
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara...
Dan yakinlah TUHAN menguji setiap hambaNya...
Yang mengaku keimanan padaNYA...
Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yg terbaik...
Kerana hidup tak semudah itu....
Cubalah sedaya yang mampu...

Sedarlah wahai DIRI...
Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga kelelahan ini dihargai oleh Ilahi...
Walau dicemuh INSANI...
ku mohon petunjuk dari-Mu Ya Rabbul 'Izzati..
Agar aku sentiasa dalam lindungan dan redha-Mu...

Monday, April 2, 2012

Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka .....

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia meneruskan harinya dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya..

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dalam redha dia memohon keampunan dari Penciptanya..
kerana itulah kekuatan yang mampu memberi ketabahan pada diri seorang Muslimah..

berusahalah menjadi seorang muslimah seperti itu..

insyaAllah..amin (^_^)


Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


Saturday, March 10, 2012

PESANAN SAIDINA UMAR AL KHATTAB

1)Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.


2)Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.


3)Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.


4)Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.


5)Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.


6)Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.


7)Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.


8)Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.


9)Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.


Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”


Wallahu'alam....

Mari Berzikir cara Rasulullah S.A.W...

Singgah sebentar di blog untuk share cara berzikir Rasulullah s.a.w .....
Agar dapat bersama kita amalkan sunnah Baginda Rasulullah.... insyaAllah...
Selamat Beramal ~~