Tuesday, October 12, 2010

Belahan Rasa




Bisikan halus rasa,
melakar jalur lara,
yang melintang terus ke jiwa,
untuk sesaat melintas di jambatan hati,
lantas bergema sendiri mengirim; balas salam
"Ya, aku terpana pada salam itu..!"

bergetar atmaku tika langsungan tangan menebar jala redha
utk khabaran warkah dari angin monsun; benar!
"Sekali lagi, aku letakkan pasrah tika telahanku berbisik "Benar!"


Biar tercalar,
biar terpapar,
aku tegar...

Ku serah belahan cintaku pada Yang Mengerti...
andai itu membawaku,
menikmati haruman halawatul cinta Illahi....


-Jayyidul Jayyish-

Thursday, October 7, 2010

Muslimah Sejati- AreBuddy

Muslimah sejati bagaikan bunga
Harum di taman mekar di jambangan
Wangi ditangan, wangi ditangan..

Muslimah sejati seorang serikandi
Bagaikan Fatimah Az-Zahra'
Yang mejadi lambang cinta suaminya
Mejadi benteng lambang ketabahan
Meruntuh ego kemungkaran...

Muslimah sejati bagaikan mariam
Yang suci dari segala sentuhan
Yang bersih dari kesilapan
Lantasku hirup kesegaran iman
Yang di dambakan setiap insan..

Muslimah sejati..
Seorang teman..
Seorang isteri..
Seorang serikandi..
Setianya pada suami..
Dan jua pada Ilahi..


Khas buat saudari-saudariku yang dikasihi....

Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.

Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.

Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.

Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya."

(Surah Al-Ahzab, 33)

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.

Saudariku,

Hidup ini seperti mimpi,

Seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"


Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..

Saudariku,

Marilah bersama kita berjuang untuk menuju ke matlamat kita di akhirat nanti....

Agar kita sama-sama berjaya ditempatkan di syurga kelak...

Kerana dirimu begitu berharga....

Mari bersama menggapai redha Illahi...

-Jayyidul Jayyish-


Buat Wanita....


Wahai wanita solehah,

Jangan risau akn jodohmu,

Kerana Muslimin yg bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,

lirikan senyuman,

bicara manja yg mennggoda,

pada pujuk rayu wanita yang bisa meruntuhkan imannya..


Sesungguhnya,

Lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita..

Andai belum sampai jodohmu..

Anggaplah bahawa Adam yg kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu..

Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangnnya..

Dan Adam yg benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapi dirimu....

InsyaAllah...

-Jayyidul Jayyish-

Wednesday, October 6, 2010

Syukur padaMu Ya Allah.....

Di hening petang ini.....Aku bangun dr tidur untuk mandi dan solat Asar....Sudah hampir 4 hari aku tidak sihat disebabkan serangan kuman rentetan dr sakit yg lepas...Namun ku gagahkan juga diri ini untuk melawan penyakit ini....Aku tahu ini dugaan buatku..

Aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan hambaNya ini.... Diberinya dugaan ini untuk menguji kesabaran dan keimananku sbg hambaNya...

Ya Allah...jika ini dugaan yang Kau berikan kepadaku...dan Kau inginkan aku untuk lebih dekat kepadaMu....aku bersyukur kepadaMu Ya Allah...moga Kau berikan kekuatan dan kesabaran kepadaku untuk menghadapinya....Ameen..

Bangun dari tidur yang tidak lena...aku rasa amat perit tekak dan gusi belakangku...Namun aku gagahkan diri untuk mandi...Usai aku mandi...sebelum menunaikan solat Asar...terdetik di hatiku.... "Apakah yg aku alami ini buatan org? atau ini memang dugaan buatku ? " ..... apapun aku tekadkan di hati.... sambil membisik sendirian... "Allah Maha Mengetahui akan apa yg berlaku kepadaku....Semoga Allah berikan petunjuk kepadaku dan menyembuhkan sakit yg aku alami ini"....

Aku terus menunaikan solat.....Apabila aku sujud pada rakaat pertama...Aku terasa satu kelainan yg berbeza daripada solat yg selama 4 hari aku tidak sihat...Dalam sujud pertama itu, aku berasa tidak sakit seperti yg aku alami selama 4 hr sebelum ini dalam solatku... Sakitnya berkurangan...

Kemudian..aku meneruskan solat dan sujud2 yg seterusnya sehingga aku selesai solat....Dalam hatiku .....aku tidak sabar untuk mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.....

Selesai salam kedua....hatiku sebak.....dalam kegembiraan... tidak disangka...air mataku berlinangan membasahi kelopak mataku.... terharu yang tidak terucap oleh kata2.... aku terus mengucapkan syukur kepada Allah kerana aku sudah berasa lega dr sakit yg aku alami...Air mata yg menemaniku petang itu adalah air mata keharuan dan kegembiraan serta kesyukuran kerana Allah mendengar rintihan hatiku....

Beban sakit yg aku alami sudah semakin berkurang...
"Terima Kasih Ya Allah.......aku berharap aku sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur...."

Keajaiban ini amat aku syukuri....dan aku lebih yakin ..... bahawa Allah itu Maha Mendengar akan hambaNya...maka berdoalah...mohonlah kepada Allah dengan penuh rendah diri....Dia Maha Mendengar....

Selesai berdoa...aku membuka Al-Ma'thurat....hatiku bertambah sebak apabila membaca zikir-zikir di dalam Al-Ma'thurat beserta maksudnya....terasa terkesan di dalam hatiku maksud-maksud bacaan zikir itu.....

Daripada apa yg telah berlaku pada petang ini....aku cuba untuk membaiki diriku untuk lebih dekat dengan Allah....agar aku sentiasa dalam lindunganNya.....

Teringat aku akan pesan ustaz semasa sekolah dahulu....
"Mohonlah apa sahaja kepada Allah tidak kira sewaktu kamu senang mahupun susah......Allah lebih suka kepada HambaNya yang memohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh....Allah Maha Mendengar.....lagi Maha Mengetahui....."

dengan ini aku akhiri cerita ini dengan ucapan..... Alhamdulillah.....