Saturday, December 17, 2011

Kalimah Pelindung Diri

Salam ukhwah abadan abada ~~
Moga hari-hari yang dilalui akan didampingi dengan keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t. ..

Ayuh kita hayati bersama apakah yang patut kita amalkan dalam seharian hidup sebagai pelindung diri dari bahaya dan perkara yang tidak diingini...

Dalam menjalani kehidupan seharian.. kadangkala kita berasa gembira..kadangkala perasaan sedih datang membungkam jiwa... kadangkala kita melalui hari-hari yang mendatang dengan selamat.. namun adakalanya ada sesuatu yang tidak diingini berlaku pada diri kita... mungkin anda pernah diragut, dimarah, kereta mengalami kerosakan, ditipu dan banyak lagi... apa perasaan anda ketika itu ?? apa tindakan anda??

Hmm.. jangan risau... sedih itu adalah satu perasaan yang Allah ciptakan buat manusia... dalam kehidupan pasti ada pasang surutnya.. ini bagi menguji keimanan seseorang terhadap Yang Maha Esa.. Untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku pada diri kita pada hari-hari yang kita lalui, Rasulullah s.a.w. berpesan melalui sabdanya ;



رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Maksudnya:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)



Maka, dengan itu.. marilah bersama kita amalkan zikir / doa di atas sebelum kita memulakan perjalanan
seharian kita.. insyaAllah kita terhindar dari perkara yang tidak diingini.. di sini saya kongsikan juga fadhilat zikir di atas antaranya :

  • Seelok-eloknya dibaca tiga kali (3x), setiap kali selepas solat. Tujuannya untuk sebatikan ayat dengan diri kita (dalam badan).
  • Boleh juga dibaca setiap masa sebelum makan/minum di gerai atau restoran. Jika ada sekiranya orang hantar santau kepada kita pada waktu itu, dengan izin Allah cawan/pinggan yang mengandungi santau itu akan pecah.
  • Elok juga diamalkan sebelum menaiki kenderaan bersama dengan doa menaiki kenderaan. insyaAllah kita terhindar dari perkara yang tidak diingini.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya;
"Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat."

Selamat beramal.. Moga manfaatnya kita perolehi bersama..
Bersama menggapai redha Illahi
~~

Wednesday, December 14, 2011

Air Mata Insan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sekian lama rasanya tidak menitipkan tinta di blog ini... kesibukan yang tidak terduga apabila melangkah ke alam baru setelah selesai tugasku sebagai seorang yang bergelar pelajar sebelum ini... Alhamdulillah.. syukur yang tidak terhingga pada-Mu Ya Allah...

Kembali dengan topik baru, Air Mata Insan... mengapa kita menangis? pentingkah tangisan itu..? Cuba kita renungkan firman Allah s.w.t di bawah (53:43) :




"Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."


Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah s.w.t yang menciptakan ketawa dan menangis untuk setiap insan. Banyak air mata yang telah mengalir di dunia ini sejak berkurun lamanya. Linangan itu mengalir dari sepasang mata kemudian turun ke pipi dan akhirnya gugur ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering dan tidak pernah putus setiap hari. Sepertimana sungai yang mengalir dan akhirnya ke laut tanpa henti. Jika air mata yang mengalir itu ditakung, pasti banjirlah bumi ini dengan air mata itu.

Namun, hati-hatilah dengan air mata yang mengalir dari redup matamu itu.. mungkin sahaja ia mengalir secara tercela dan mungkin sahaja ia mengalir dengan sangat terpuji.. yang mengalir secara tercela itu adalah seperti menangis kerana meratap pemergian insan sehingga merobek-robek dada dan menepuk-nepuk tanah perkuburan si mati. Hindarilah air matamu dari mengalir secara tercela... Manakala, yang mengalirkan air mata dengan cara yang terpuji adalah tangisan kerana keinsafan atas dosa-dosa yang dilakukan sepanjang hayat yang ada... Subhanallah..

Nabi Adam a.s. menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah dilakukan. Nabi Adam a.s. bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di Jurang Serandip. Daripada air mata yang mengalir itu, Allah s.w.t telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Nabi Adam a.s. lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam a.s. terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu diperhebatkannya tangisan itu kerana takut kepada azab Allah.. Lalu Allah s.w.t mendengar dan menerima taubat Nabi Adam a.s. dan mewahyukan, " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air yang lebih lazat daripada air mata taubatmu."

Antara air mata yang tidak dituntut ialah :
  1. Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Allah telah menentukan di mana rezekimu?
  2. Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma satu lakonan yang hanya khayalan semata?
  3. Janganlah menangis kerana cintamu tidak berbalas. Mungkin dia bukan jodohmu yang telah Allah tentukan?
  4. Janganlah menangis jika dirimu gagal dalam peperiksaan. Mungkin kamu kurang membuat persediaan.
  5. Janganlah menangis kalau wang kamu hilang ketika dalam perjalanan. Mungkin kamu kurang bersedekah.
  6. Janganlah menangis kalau kamu tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah..... rezeki adalah pemberian dari Allah untukmu.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka iaitu mata yang menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah s.w.t dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam."

"Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat kelak, salah satu darinya ialah seseorang yang berzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah, maka bercucuranlah air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohon yang kering."

Akhirul kalam;

Sucikanlah empat perkara dengan empat perkara:

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Allah,

dan dosa-dosa silam yang disulami dengan taubat kepada Zat yang memilikimu."






{Perkongsian ilmu dari Buku Terapi Patah Hati)